Sunday, February 6, 2011

DAKWAH! DAKWAH! DAKWAH!

kekadang diri ini mnjadi hairan..kenapa di saat saat kuliah,ceramah,kursus,usrah dan berbagai bagai agenda dakwah begitu rancak dan semarak tapi gejala sosial juga semakin bertambah..seakan akan berlumba lumba. kadar penceraian,penderaan,pembuangan bayi,sumbang mahram dan lain2 gejala negatif terus menunjukkan peningkatan yg membimbangkan.    Apa yang tak kene dengan aktiviti2 dakwah ini? kurang berkesankah? tidak efektif? tiada pengisian? jika ya...kenapa?
sebenarnye..tnpa disedari kita sendiri terperangkap dengan ketidakcekapan dan ketidakberkesanan dalam usaha murni mencegah prkara2 yg mungkar..pendek kata..usaha yg sudah dilakukan selama ini betol ,sayangnye, kerja yg betol ini kita tidak lakukan dengan betol2..Niatnye sudah baik..tapi perlu ingat niat yg baik perlu disertai dengan satu matlamat yg baik.Tetapi pada hari ini..usaha2 dakwah dilihat kerana pelaksanaanya yg masih kurng profesional kerana dangkalnya ilmu dan kemahiran dalam bidang tersebut.
Kita harus ingat bahawa golongan yg mnjadi sasarn pndkwah sngt kompleks sifatnye..sebab itu matlamt yg baik perlu dicapai dengan satu pendekatan yg baik.

pendekatan yg kasar,out dated dan terlalu formal akan ditolak walaupun niat dan matlamatnye baik. generasi masa kini khususnye remaja lebih kritis. sebab itu kaedah berdakwah perlu lebih kreatif,humanisme dan dinamik. Pendekatan hitam putih atau regimented..x bole dipakai lagi kerana perkara trsebut tidak langsung mmbantu..dan paling penting skali diperbanyakkan kaedah MEMUJUK bukan MENGUTUK...
bayangkan sekalipun masakan yg enak..ttapi jika dihidangkan dengan cara dicampak campak sahaja,tentu hidangan itu akn ditolak..begitulah,jika silap teknik penyampaian,semuanya akan gagal...


Jangan hanya bergantung pada apa yang ingin diperkatakan tetapi teliti jua BAGAIMANA anda ingin memperkataknnya...



lihat saja film2 barat yg sarat dimuatkan dengan kbatilan dan penipuan ttapi galak mndpt smbutan krana persmbahnnya yg kreatif dan inovatif.Berbeza pula dgn khutbah2 jumaat yg sarat dengan kebenaran hanya didengar dengan separuh hati,sambil lewa,sambil tidur, sambil main henset...dan sebagainya! hanya kerana cara penyampaiannya yg begitu statistik dan tidak kreatif.


bukan nak mnyalahkan..jauh sekali mencela ttapi sudah tiba masanya khatib2 kita didedahkan dengan kemahiran interpersonal yg baik..atau..khatib jumaat terdiri daripada golongan remaja yg mmpunyai jiwa remaja!

khutbah sering tidak mndpt perhatian krana cara penyampaian,intonasi suara dan cara berhujah yg lemah..

benarlah kata saidina Ali

...: kebenaran yang tidak tersusun akan kalah dengan kebatilan yg tersusun!




     oleh sebab itu:pendekatan dalam usaha dakwah perlu R&D.. ia perlu lebih VERSATILE tanpa mnjejaskan roh kebenaran dan kesucian mesejnya!

p/s:   sekadar pndapat! dakwah perlu seiring teknologi...blog..dakwah...
        luaskan dakwah melalui teknologi...

No comments: