Monday, August 13, 2012

CERITA 7


   Di luar tingkap langit telah lama gelap. Awan yang mendung sejak senja tadi mula mencurahkan hujan. Dia mula mengemaskan helaian-helaian set soalan economy yang berlambak-lambak. Kepalanya ikut tergoyang-goyang menari dengan Reason-The Hoobstank bergegar di speaker. Sekilas dia melihat jam di dinding biliknya. 2.45 lagi. Hmm...Awal lagi. Room-matenye sudah lama lena dibuai mimpi. Oh! Henset tu masih taknak lepas, tu bahana main sms sampai tertidur la tuh. Penghuni-penghuni lain confirm dah mengembara ke alam mimpi jugak. Serta merta dia kuatkan radio..

               “eh? Aku tak download lagu mix rasanya,”

Tengah syok2 feeling hoobstank,tiba-tiba terdengar lagu cinta kristal. Ape kes? Jejiwang pagi-pagi ni, esok UPS kot.. tak boleh jadik.tak boleh jadik
Tangan dengan pantas menukar lagu secret-one republic. Volume kasi maximum! Peh.. dgn laptop-laptop ikut gegar..haha! tenggelam cinta kristal-mistal kau! Puas!  

              “mak aih! Boleh celen lagi tu?”

jatuh rahang dengar lagu yang tak tau datang dari mana tu masih mampu lagi melawan. Line-line sini rasenye takde yang suka bukak lagu kuat-kuat guna speaker melainkan bilik ni je ha. Nak kata bilik fathi dgn amir, diorang takdak speaker, if they have sekalipun.. confirm2 lagu korea atau dikir barat yang berkumandang. Takkan azrul? Kalau Azrul lagi jauh menyimpang.. bilik dia tu kutub utara sana aku ni penghujung benua asia. Tapi kalau dia start bukak lagu dari bilik air dah boleh dengar,PPKK apatah lagi.
Eh? Hold on, taste Azrul bukan jiwang-miwang ni, dia layan anuar zain,yuna,najwa latif.. nyanyi time mandi pun suke-suke lirik dia tibai,tak hafal.. but this annoyying moment..all of sudden,out of nowhere pasang lagu leleh2 cmtu.hish!


         Servis bertukar tangan, lagu secret tadi dibalas dengan Alasanmu.        
  
         dia balas servis dengan stereo heart- gym class & adam levine.

          Si fulan tu try tangkis dengan mengintai dari kamar.

          Dia smash terus dengan snow patrol.
    
          Si fulan sambut smash dengan bayangan gurauan

               “madah lagu jiwang budak ni... putus cinta pe?”

Last weapon, ngeh.ngeh. gelak jahat sorang-sorang dengan muke troll yang sungguh kejam! Dia mula mengeluarkan mini speaker dia, pasang USB dan connect dgn blackberry... Hujung telunjuk kanannya berlari di Syntap Mouse Pad. Sambil jari kirinya dalam keadaan standby nk tekan play.. kite tgk gempak tak gempak!

          “meh aku hiburkan hati kau yg gundah tu freak!”

Lagu hala timur memekak di segenap ruang bilik. Siap ade supporting sound system lagi, haa...          

           “kau suap aku lagu-lagu jiwang kau kn? Hamek kau, berzapinlah kau! layanlah kau etnik tradisional ni.”

Dari sesi mengulangkaji pelajaran ekonomi untuk UPS, berubah menjadi medan menguji kekuatan volume speaker masing-masing. Pantang aku dicabar-cabar. Haha!
Setelah dua tiga kali lagu tu di-repeat, speaker dia dah pancit, takde dh bunyi lain speaker dalam bilik tu!



“cop.COP! Eh?.....”

 Bukan siapa yang berlawan dengannye yang menjadi persoalan,tapi yang membuat dia rasa pelik. . kenapa room-mate dia ni tak terjaga ek? Speaker kemain kuat berdentum...

Dia meraup wajah.Penat tapi tak mengantuk. Sungguh la aku nie patut kena diagnosis dengan penyakit yang dibawak dek fathi & c.o.... my girlfriend is guminho kini terpapar depan mata.Termos berisi nescafe dituang ke dalam mug kosong.Dia membetulkan duduk agar bersila di atas kerusi studi.Dan matanya mula kembali ke screen. Hampir nak msuk subuh dah ni.. lepas peperangan lagu tu berakhir sempat gak lah go through sistem ekonomi,keseimbangan pasaran, keluk-keluk tu sume perlu ditenteramkan dgn drama korea! Cliche!

 Dia bangun dari meja study lalu melangkah ke katil.Handset di tepi bantal dicapainya.Jemarinya pantas menekan keypad menyemak inbox sambil melontar tubuhnya ke katil. Pandangannya di lempar ke keliling biliknya. Headphone yang disangkut di leher ditarik turun lalu diletakkan di atas night-table.laptop di-sleep mode kan.
Baris-baris dalam inbox dibaca dengan dahi berkerut tanpa sedar.Cuba mencerna.Tiba-tiba teringat lecture akaun, islam dan profesionalisme! Fuh.fuh. cikgu sanisah memang suke selit-selit islamic tips.. 
        
  Life did not originate as the result of unconscious coincidences as evolution claims, but as the result of the creation of God, the Almighty, the possessor of infinite knowledge and wisdom….

Matanya berlari di atas baris terakhir sms tu ni macam soalan-soalan dalam buku
;WHY IS THE CLAIM THAT HUMAN AND APE GENOMES ARE 99 PERCENT SIMILAR AND THAT THIS CONFIRMS EVOLUTION NOT TRUE? .....

Matanya mula layu,ditambah dengan dingin pukul 5 pagi, ah! Beberapa minit je lagi nak subuh niiii....

Makin lama... makin rapat...rapat...

Dan akhirnya terus tertutup......

At least sebelum dia tidur, dia baca something yang bermanfaat, sms ilmiah dengan salam ingatan.

*jangan ingat takde moral of the story eyh!* XD


Wednesday, August 1, 2012

CERITA 6


Begnya diletakkan ke atas rumput.Kemudian dia pula melabuhkan sila di atas bench batu panjang di bawah gazebo itu. kemudian dia menarik backpack ke atas sila. Tangannya menarik zip sebelum mencari  sesuatu untuk dikunyah tika itu. Botol mineral water dibawa keluar diletak di hujung lutut kanan. Kemudian ditarik keluar pula energy bar dan epal merah sebiji yang brader2 DS lambak atas meja.Tangannya menadah membaca doa makan.

“oit”

 Tangan yang baru nak membawa cloud nine 50 sen ke mulut terhenti. Dia mendongak. Bag galas dah dilurut dari bahu ke tanah. "Baru nak makan?" Din dah turut melabuhkan sila di sebelahnya.

“Apa kes? Tiba-tiba berubah mood? Mati bini?” Din mengeluarkan hand-phone dan menekan-nekan ke dagu.

“kusut” ringkas. Coklat dikunyah perlahan.

“pandai nasihat aku, ceh! Rileks ah, takyah la amek hati sangat.. kawan kau ramai lagi ada, lecture kite dah jadi gloomy je, bilik mayat lagi meriah dua-dua nak tarik muka” cubaan baik untuk bangkitkan mood. But still... masih lagi kusut. Penat nak pikir. Memang sejak dua tiga empat menjak nih dia in a self-destructive mode. Dan orang disekeliling rasa tempiasnye.

“aku tak tacink pun, tak geti nak buat benda-benda tu sume...” balasnya ringkas.

 “Atenye? Diam manjang? Bosan ah aku..” mula ah tu nak layan perasaan. Menukur muka ke bawah..mencabut-cabut rumput.

Mane tak bosan, selalu dalam lecture-hall, kitaorang yang galak kenakan orang, pantang nampak ada orang tertido mula lah keluarkan BB pstu record, takpun amek gambar senyap2, time rehat pergi koop jumpe je orang yang kenal minta belanja. Kadang makanan tu dah masuk mulut baru cakap dengan dia suruh bayar..tu tak masuk lagi scene kejar mengejar dgn budak perempuan sebab sorokkan beg bwh meja guru. Partner giler dia ni off dua tiga hari dah bosan..

“oi,oi,, takyah nak sentap.sentap sangatlaa.. aku kusut, saje buat senyap.. malas nak gaduh” jawabnya ringkas. Mula membuka penutup botol, mineral water itu diteguk perlahan.

“dahtu? Kau camne? Dgn dia?” soalan ni yang malas nak jawab nih. Kalau multiple choose question boleh la jugak nak menjawabnye... ini subjektif question yang memerlukan elobaration lebih. Aduh!

“entah”

“buat ape sampai jadi world-war ni?”

“aku gurau macam biasa dengan dia, tapi time tu mood dia tak boleh nak masuk aku punye joke? Dahtu aku yang kena sembur,selalu gurau ok jek... aku takde mood pun layan kepala gurau dia,tapi fikirkan member layankan je” ulasku.sedikit tidak berpuas hati. Marah cuba dikawal sebaik mungkin.

“mane tau dia betul-betul takde mood” nada si Din ni dah berubah macam kaunselor terhormat pulak dah.

“even takde mood, tak payah lah terasa macam nak apa joke aku tuh, nak pikir mood dia sorang je...”

“chill ah! Kening kau dah nak bersambung dah tu aku tengok punye la berkerut..” menahan gelak.

“aku tak marah, aku Cuma pelik, nape nak terasa-terasa bagai dengan aku macam tu, kawan je pun, bukannye boipren or hubby... aku jugak yang susah payah pujuk” luahku.jujur.

“sebab kawanlah dia terasa”

“macam gitu pulak?, yang lain rilek je gurau-gurau?”

“case closed! No komen, pikir la mane baik mane buruk,tapi jangan lama-lama, kang jatuh cinta tak memasal”

“diam”

“betul ape”

“senyap ah”

“need a help?”

“no thanks din, kasanova betul!”

“eh? Kasanova pulak, mulut kena pandai memujuk, ayat kena pandai disusun”



Petang tu sebelum kelas tambahan akaun, semangatku seakan sudah pulih seperti biasa. Dalam berkawan biasalah, pasti akan ada pasang surutnya. Cara kita menangani yang memperlihatkan kematangan dalam kita berkawan. Berkawan tu mudah, kenalkan nama, hahu-hahu dah boleh jadi kawan...
Kadang-kadang kita mulakan sesuatu hubungan yang serius juga dengan berkawan.. (eh?apesal nada aku ni dh macam baca pidato pasal kawan ni.)
Dalam berkawan pun kita kena consider perasaan kawan kita, gurau-gurau jugak tapi jangan melebih. sekali dah sakit hati, beribu kebaikan yang pernah kita buat dahulu confirm-confirm dilupakan macam tu je.  . biasalah manusia..

as for me, i'm really love untuk berkawan, sebab kita boleh tgk macam2 ragam,peel,pesyen,... kan menambah experience kite, jumpa dengan ramai orang, dan belajar macam-macam. 

Kawan time kita gembira,hepi2 banyak kat tepi jalan tuh boleh dapat, kawan time tengah susah atau sedih memang payah nak cari.