Begnya diletakkan ke atas rumput.Kemudian dia pula melabuhkan sila di atas bench batu panjang di bawah gazebo itu. kemudian dia menarik backpack ke atas sila. Tangannya menarik zip sebelum mencari sesuatu untuk dikunyah tika itu. Botol mineral water dibawa keluar diletak di hujung lutut kanan. Kemudian ditarik keluar pula energy bar dan epal merah sebiji yang brader2 DS lambak atas meja.Tangannya menadah membaca doa makan.
“oit”
Tangan yang baru nak membawa cloud nine 50 sen ke mulut terhenti. Dia mendongak. Bag galas dah dilurut dari bahu ke tanah. "Baru nak makan?" Din dah turut melabuhkan sila di sebelahnya.
“Apa kes? Tiba-tiba berubah mood? Mati bini?” Din mengeluarkan hand-phone dan menekan-nekan ke dagu.
“kusut” ringkas. Coklat dikunyah perlahan.
“pandai nasihat aku, ceh! Rileks ah, takyah la amek hati sangat.. kawan kau ramai lagi ada, lecture kite dah jadi gloomy je, bilik mayat lagi meriah dua-dua nak tarik muka” cubaan baik untuk bangkitkan mood. But still... masih lagi kusut. Penat nak pikir. Memang sejak dua tiga empat menjak nih dia in a self-destructive mode. Dan orang disekeliling rasa tempiasnye.
“aku tak tacink pun, tak geti nak buat benda-benda tu sume...” balasnya ringkas.
“Atenye? Diam manjang? Bosan ah aku..” mula ah tu nak layan perasaan. Menukur muka ke bawah..mencabut-cabut rumput.
Mane tak bosan, selalu dalam lecture-hall, kitaorang yang galak kenakan orang, pantang nampak ada orang tertido mula lah keluarkan BB pstu record, takpun amek gambar senyap2, time rehat pergi koop jumpe je orang yang kenal minta belanja. Kadang makanan tu dah masuk mulut baru cakap dengan dia suruh bayar..tu tak masuk lagi scene kejar mengejar dgn budak perempuan sebab sorokkan beg bwh meja guru. Partner giler dia ni off dua tiga hari dah bosan..
“oi,oi,, takyah nak sentap.sentap sangatlaa.. aku kusut, saje buat senyap.. malas nak gaduh” jawabnya ringkas. Mula membuka penutup botol, mineral water itu diteguk perlahan.
“dahtu? Kau camne? Dgn dia?” soalan ni yang malas nak jawab nih. Kalau multiple choose question boleh la jugak nak menjawabnye... ini subjektif question yang memerlukan elobaration lebih. Aduh!
“entah”
“buat ape sampai jadi world-war ni?”
“aku gurau macam biasa dengan dia, tapi time tu mood dia tak boleh nak masuk aku punye joke? Dahtu aku yang kena sembur,selalu gurau ok jek... aku takde mood pun layan kepala gurau dia,tapi fikirkan member layankan je” ulasku.sedikit tidak berpuas hati. Marah cuba dikawal sebaik mungkin.
“mane tau dia betul-betul takde mood” nada si Din ni dah berubah macam kaunselor terhormat pulak dah.
“even takde mood, tak payah lah terasa macam nak apa joke aku tuh, nak pikir mood dia sorang je...”
“chill ah! Kening kau dah nak bersambung dah tu aku tengok punye la berkerut..” menahan gelak.
“aku tak marah, aku Cuma pelik, nape nak terasa-terasa bagai dengan aku macam tu, kawan je pun, bukannye boipren or hubby... aku jugak yang susah payah pujuk” luahku.jujur.
“sebab kawanlah dia terasa”
“macam gitu pulak?, yang lain rilek je gurau-gurau?”
“case closed! No komen, pikir la mane baik mane buruk,tapi jangan lama-lama, kang jatuh cinta tak memasal”
“diam”
“betul ape”
“senyap ah”
“need a help?”
“no thanks din, kasanova betul!”
“eh? Kasanova pulak, mulut kena pandai memujuk, ayat kena pandai disusun”
Petang tu sebelum kelas tambahan akaun, semangatku seakan sudah pulih seperti biasa. Dalam berkawan biasalah, pasti akan ada pasang surutnya. Cara kita menangani yang memperlihatkan kematangan dalam kita berkawan. Berkawan tu mudah, kenalkan nama, hahu-hahu dah boleh jadi kawan...
Kadang-kadang kita mulakan sesuatu hubungan yang serius juga dengan berkawan.. (eh?apesal nada aku ni dh macam baca pidato pasal kawan ni.)
Dalam berkawan pun kita kena consider perasaan kawan kita, gurau-gurau jugak tapi jangan melebih. sekali dah sakit hati, beribu kebaikan yang pernah kita buat dahulu confirm-confirm dilupakan macam tu je. . biasalah manusia..
as for me, i'm really love untuk berkawan, sebab kita boleh tgk macam2 ragam,peel,pesyen,... kan menambah experience kite, jumpa dengan ramai orang, dan belajar macam-macam.
Kawan time kita gembira,hepi2 banyak kat tepi jalan tuh boleh dapat, kawan time tengah susah atau sedih memang payah nak cari.








No comments:
Post a Comment