Monday, August 13, 2012

CERITA 7


   Di luar tingkap langit telah lama gelap. Awan yang mendung sejak senja tadi mula mencurahkan hujan. Dia mula mengemaskan helaian-helaian set soalan economy yang berlambak-lambak. Kepalanya ikut tergoyang-goyang menari dengan Reason-The Hoobstank bergegar di speaker. Sekilas dia melihat jam di dinding biliknya. 2.45 lagi. Hmm...Awal lagi. Room-matenye sudah lama lena dibuai mimpi. Oh! Henset tu masih taknak lepas, tu bahana main sms sampai tertidur la tuh. Penghuni-penghuni lain confirm dah mengembara ke alam mimpi jugak. Serta merta dia kuatkan radio..

               “eh? Aku tak download lagu mix rasanya,”

Tengah syok2 feeling hoobstank,tiba-tiba terdengar lagu cinta kristal. Ape kes? Jejiwang pagi-pagi ni, esok UPS kot.. tak boleh jadik.tak boleh jadik
Tangan dengan pantas menukar lagu secret-one republic. Volume kasi maximum! Peh.. dgn laptop-laptop ikut gegar..haha! tenggelam cinta kristal-mistal kau! Puas!  

              “mak aih! Boleh celen lagi tu?”

jatuh rahang dengar lagu yang tak tau datang dari mana tu masih mampu lagi melawan. Line-line sini rasenye takde yang suka bukak lagu kuat-kuat guna speaker melainkan bilik ni je ha. Nak kata bilik fathi dgn amir, diorang takdak speaker, if they have sekalipun.. confirm2 lagu korea atau dikir barat yang berkumandang. Takkan azrul? Kalau Azrul lagi jauh menyimpang.. bilik dia tu kutub utara sana aku ni penghujung benua asia. Tapi kalau dia start bukak lagu dari bilik air dah boleh dengar,PPKK apatah lagi.
Eh? Hold on, taste Azrul bukan jiwang-miwang ni, dia layan anuar zain,yuna,najwa latif.. nyanyi time mandi pun suke-suke lirik dia tibai,tak hafal.. but this annoyying moment..all of sudden,out of nowhere pasang lagu leleh2 cmtu.hish!


         Servis bertukar tangan, lagu secret tadi dibalas dengan Alasanmu.        
  
         dia balas servis dengan stereo heart- gym class & adam levine.

          Si fulan tu try tangkis dengan mengintai dari kamar.

          Dia smash terus dengan snow patrol.
    
          Si fulan sambut smash dengan bayangan gurauan

               “madah lagu jiwang budak ni... putus cinta pe?”

Last weapon, ngeh.ngeh. gelak jahat sorang-sorang dengan muke troll yang sungguh kejam! Dia mula mengeluarkan mini speaker dia, pasang USB dan connect dgn blackberry... Hujung telunjuk kanannya berlari di Syntap Mouse Pad. Sambil jari kirinya dalam keadaan standby nk tekan play.. kite tgk gempak tak gempak!

          “meh aku hiburkan hati kau yg gundah tu freak!”

Lagu hala timur memekak di segenap ruang bilik. Siap ade supporting sound system lagi, haa...          

           “kau suap aku lagu-lagu jiwang kau kn? Hamek kau, berzapinlah kau! layanlah kau etnik tradisional ni.”

Dari sesi mengulangkaji pelajaran ekonomi untuk UPS, berubah menjadi medan menguji kekuatan volume speaker masing-masing. Pantang aku dicabar-cabar. Haha!
Setelah dua tiga kali lagu tu di-repeat, speaker dia dah pancit, takde dh bunyi lain speaker dalam bilik tu!



“cop.COP! Eh?.....”

 Bukan siapa yang berlawan dengannye yang menjadi persoalan,tapi yang membuat dia rasa pelik. . kenapa room-mate dia ni tak terjaga ek? Speaker kemain kuat berdentum...

Dia meraup wajah.Penat tapi tak mengantuk. Sungguh la aku nie patut kena diagnosis dengan penyakit yang dibawak dek fathi & c.o.... my girlfriend is guminho kini terpapar depan mata.Termos berisi nescafe dituang ke dalam mug kosong.Dia membetulkan duduk agar bersila di atas kerusi studi.Dan matanya mula kembali ke screen. Hampir nak msuk subuh dah ni.. lepas peperangan lagu tu berakhir sempat gak lah go through sistem ekonomi,keseimbangan pasaran, keluk-keluk tu sume perlu ditenteramkan dgn drama korea! Cliche!

 Dia bangun dari meja study lalu melangkah ke katil.Handset di tepi bantal dicapainya.Jemarinya pantas menekan keypad menyemak inbox sambil melontar tubuhnya ke katil. Pandangannya di lempar ke keliling biliknya. Headphone yang disangkut di leher ditarik turun lalu diletakkan di atas night-table.laptop di-sleep mode kan.
Baris-baris dalam inbox dibaca dengan dahi berkerut tanpa sedar.Cuba mencerna.Tiba-tiba teringat lecture akaun, islam dan profesionalisme! Fuh.fuh. cikgu sanisah memang suke selit-selit islamic tips.. 
        
  Life did not originate as the result of unconscious coincidences as evolution claims, but as the result of the creation of God, the Almighty, the possessor of infinite knowledge and wisdom….

Matanya berlari di atas baris terakhir sms tu ni macam soalan-soalan dalam buku
;WHY IS THE CLAIM THAT HUMAN AND APE GENOMES ARE 99 PERCENT SIMILAR AND THAT THIS CONFIRMS EVOLUTION NOT TRUE? .....

Matanya mula layu,ditambah dengan dingin pukul 5 pagi, ah! Beberapa minit je lagi nak subuh niiii....

Makin lama... makin rapat...rapat...

Dan akhirnya terus tertutup......

At least sebelum dia tidur, dia baca something yang bermanfaat, sms ilmiah dengan salam ingatan.

*jangan ingat takde moral of the story eyh!* XD


Wednesday, August 1, 2012

CERITA 6


Begnya diletakkan ke atas rumput.Kemudian dia pula melabuhkan sila di atas bench batu panjang di bawah gazebo itu. kemudian dia menarik backpack ke atas sila. Tangannya menarik zip sebelum mencari  sesuatu untuk dikunyah tika itu. Botol mineral water dibawa keluar diletak di hujung lutut kanan. Kemudian ditarik keluar pula energy bar dan epal merah sebiji yang brader2 DS lambak atas meja.Tangannya menadah membaca doa makan.

“oit”

 Tangan yang baru nak membawa cloud nine 50 sen ke mulut terhenti. Dia mendongak. Bag galas dah dilurut dari bahu ke tanah. "Baru nak makan?" Din dah turut melabuhkan sila di sebelahnya.

“Apa kes? Tiba-tiba berubah mood? Mati bini?” Din mengeluarkan hand-phone dan menekan-nekan ke dagu.

“kusut” ringkas. Coklat dikunyah perlahan.

“pandai nasihat aku, ceh! Rileks ah, takyah la amek hati sangat.. kawan kau ramai lagi ada, lecture kite dah jadi gloomy je, bilik mayat lagi meriah dua-dua nak tarik muka” cubaan baik untuk bangkitkan mood. But still... masih lagi kusut. Penat nak pikir. Memang sejak dua tiga empat menjak nih dia in a self-destructive mode. Dan orang disekeliling rasa tempiasnye.

“aku tak tacink pun, tak geti nak buat benda-benda tu sume...” balasnya ringkas.

 “Atenye? Diam manjang? Bosan ah aku..” mula ah tu nak layan perasaan. Menukur muka ke bawah..mencabut-cabut rumput.

Mane tak bosan, selalu dalam lecture-hall, kitaorang yang galak kenakan orang, pantang nampak ada orang tertido mula lah keluarkan BB pstu record, takpun amek gambar senyap2, time rehat pergi koop jumpe je orang yang kenal minta belanja. Kadang makanan tu dah masuk mulut baru cakap dengan dia suruh bayar..tu tak masuk lagi scene kejar mengejar dgn budak perempuan sebab sorokkan beg bwh meja guru. Partner giler dia ni off dua tiga hari dah bosan..

“oi,oi,, takyah nak sentap.sentap sangatlaa.. aku kusut, saje buat senyap.. malas nak gaduh” jawabnya ringkas. Mula membuka penutup botol, mineral water itu diteguk perlahan.

“dahtu? Kau camne? Dgn dia?” soalan ni yang malas nak jawab nih. Kalau multiple choose question boleh la jugak nak menjawabnye... ini subjektif question yang memerlukan elobaration lebih. Aduh!

“entah”

“buat ape sampai jadi world-war ni?”

“aku gurau macam biasa dengan dia, tapi time tu mood dia tak boleh nak masuk aku punye joke? Dahtu aku yang kena sembur,selalu gurau ok jek... aku takde mood pun layan kepala gurau dia,tapi fikirkan member layankan je” ulasku.sedikit tidak berpuas hati. Marah cuba dikawal sebaik mungkin.

“mane tau dia betul-betul takde mood” nada si Din ni dah berubah macam kaunselor terhormat pulak dah.

“even takde mood, tak payah lah terasa macam nak apa joke aku tuh, nak pikir mood dia sorang je...”

“chill ah! Kening kau dah nak bersambung dah tu aku tengok punye la berkerut..” menahan gelak.

“aku tak marah, aku Cuma pelik, nape nak terasa-terasa bagai dengan aku macam tu, kawan je pun, bukannye boipren or hubby... aku jugak yang susah payah pujuk” luahku.jujur.

“sebab kawanlah dia terasa”

“macam gitu pulak?, yang lain rilek je gurau-gurau?”

“case closed! No komen, pikir la mane baik mane buruk,tapi jangan lama-lama, kang jatuh cinta tak memasal”

“diam”

“betul ape”

“senyap ah”

“need a help?”

“no thanks din, kasanova betul!”

“eh? Kasanova pulak, mulut kena pandai memujuk, ayat kena pandai disusun”



Petang tu sebelum kelas tambahan akaun, semangatku seakan sudah pulih seperti biasa. Dalam berkawan biasalah, pasti akan ada pasang surutnya. Cara kita menangani yang memperlihatkan kematangan dalam kita berkawan. Berkawan tu mudah, kenalkan nama, hahu-hahu dah boleh jadi kawan...
Kadang-kadang kita mulakan sesuatu hubungan yang serius juga dengan berkawan.. (eh?apesal nada aku ni dh macam baca pidato pasal kawan ni.)
Dalam berkawan pun kita kena consider perasaan kawan kita, gurau-gurau jugak tapi jangan melebih. sekali dah sakit hati, beribu kebaikan yang pernah kita buat dahulu confirm-confirm dilupakan macam tu je.  . biasalah manusia..

as for me, i'm really love untuk berkawan, sebab kita boleh tgk macam2 ragam,peel,pesyen,... kan menambah experience kite, jumpa dengan ramai orang, dan belajar macam-macam. 

Kawan time kita gembira,hepi2 banyak kat tepi jalan tuh boleh dapat, kawan time tengah susah atau sedih memang payah nak cari.

Tuesday, July 31, 2012

CERITA 5

Kolej MARA Kuala Nerang? MARA tu pernah dengar...kuala nerang?? Aku berteka-teka sendirian sementara ayah sibuk mencari hotel yg masih available roomnye untuk dibooking .

“punyelah hujung utara kau dpt long, tgk kat google maps ni, kurang sejengkal jarak kuala merang  tu dgn siam tau...” angah mencebik depan Tab.

“Kuala Nerang laaa... ok ape, new experience.... don’t know how its going to be...baru exciting!”

“sambung STAM sudaa, option lain?” angah ni memang saje nak bangkitkan balik isu ni.. kalau ibu masuk campur sat gi memang tak terbela diri aku ni kang...

“Diploma akaun? 3 years terperangkap kt segamat pastu baru futher degree, orang lain dah hip-hip hooray...along baru nak kenal lecture hall degree”. Tak cukup kuat hujah aku ni.

“STAM? Just a year! Dekat dgn rumah, weekend boleh overnight kat sini...hah? fast-track jugak!” angah tangkis balik statement aku tadi, dah agak da..tak kuat hujah tadi.

“ takde life!... ngah, takkan hari2 angah nak makan benda yg same? Sometimes you must have a new one?right? tak macam jemu pulak kan?” balas aku,sambil buat kening double-jerk! Ni,kalau dia tak senyap lagi ni.........

“angah! Meh tolong ibu jap....” laung ibu dari dapur. Whew! Saat ini ibu dah menjadi hero.. oouww.. thanks mum~! Ngeh.ngeh.

Betul kata angah.. option memang banyak.. diploma akaun uitm, STAM, marsah, kawan ibu pun boleh dapatkan tempat kat CFS-IIUM, aku pun boleh je amek C.A.T pastu fly UK, ayah pun kata dia boleh support buat A-level pastu fly Aussie but still.. that place is my final decision. Tak tahu kenapa, hati ni rasa kuat sangat nak pergi situ.

 And memang nak.nak. dan nak sgt keluar dari Maahad Johor yang tak berapa nak maahad. Kalau former school dulu tu ade le jugak environment nak study, since aku masuk maahad , kepala ni macam tak boleh nak diset untuk study, asyik nak main.main.main. sampai tiga kali repeatition word tuh? Well yeah, main tu, main ni, main cinta la, apa la... i need to change my view.. dari kecik diberi pendidikan agama, jumpa pun org yg baik-baik je... ceywah! 

Pastu masuk maahad.. still dlm skop yg sama.. bila nak meluas experience aku? Takat tuuuuu je la. Org yg sama, benda yg sama. Ada pro’s and con’s masing-masing. J it’s just a part from a life.
Dan esok the journey begin,



Mataku menyapu seluruh isi bilik. Memang selesa walaupun besar memang la sekangkang kera. Ada dua single-sized bed yang saling menghadap. Kemudian di sebelah katil pula meja studi dan overhead book-rack yang tak berapa nak tergantung sangat. Nasib future room-mate aku tak sampai lagi, boleh pilih wardrobe yg besar-besar. Ke? Kene duduk sorang-sorang?

“not half bad?” komen ayah.

“ada satu je wall-socket?” Pandangan angah jatuh pada socket di bawah book-rack. “kut kena beli extension je la kalau nak tengok Running-man, buatnye battery lappy mati kan ” 

Dia menggosok dagu dengan hujung telunjuk seolah-olah memikir, adik aku ni nak start lah tu dengan sarcastic dia.. cis!

 “helleh.... balik rumah tu kang mula lah riuh dgn kuch kuch Hota Hai ...” sindir aku.
Angah buat muka.” Apa kelas kuch kuch , jiwang sungguh abang aku sorang ni. Apa kes layan Hindustan?”

“belum rasa sendiri belum tau. Time duduk sorang2 ni,kalau selama ni tak pernah tengok cerita melayu pun boleh kemaruk nak tengok Drama Swasta,tau” sungguh-sungguh aku explain.

Pecah ketawanya tnpa dipaksa.“masalah Negara tu kalau Along pun layan Drama Swasta”

“Along berjiwa Malaysia, patriot!”

“putus fius”

Aku hanya jongket bahu. “start unpack la, sementara adik dgn ibu ada ni” tutur ayah tenang. Sedang bersila di atas katil kosong itu.

Itulah saat permulaan di situ, mujur aku tidak tinggal keseorangan, rakan bilikku daftar sedikit lewat walaupun rumahnye terletak di nibong tebal. Ada hal mungkin. Walaupun ibuku berat untuk melepaskan aku belajar jauh di tempat org, namun permulaan itu bermula dgn baik. Katanya ibu nnti IPTA jgn apply jauh2... ahh? Ok ibu..ok.. saaayaaangggggg ibu! J

Teringat sebuah kisah... mengenai ibu juga..



“Apa lagi kehendaknya? Wang dh tak mintak dah,tiap2 bulan pakai elaun, tiap2 minggu  telefon.”

“Apa masalahnya?”

“Emak saya,terus mendesak. Ayah pun begitu. Sekejap-sekejap suruh balik. Baru bulan lepas saya balik. Sekarang mereka mendesak lagi.saya sibuk”

“wang tidak dapat menebus rindu” desirku perlahan.

“rindu?ibu bapa kita masih rindu?”

“ada anak?”

Dia menggeleng.. belum sempat nak menjawab saya bersuara semula

“sebenarnya makin tua, insan jadi semakin sunyi. Dan semakin sunyi hati akan jadi semakin rindu. Rindu pada orang tersayang.” Tambah saya lagi.

Baru kat kolej, tak masuk U lagi, tak kerja lagi.. banyak-banyakkan masa dgn orang tua kita. Tau! Untung-untung kita masih ada mak ayah yg rindu kat kita.orang lain? Jangan pernah rasa terkongkong dgn mereka. Apa yang namanya terbaik Allah sertakan dalam setiap keputusan yang mereka buat. insyaAllah.. 

“YA ALLAH, ampunilah dosa kedua ibu-bapa ku,sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangiku waktu kecil”


psssttt: saya sayang ibu ayah saya..anda?

Saturday, July 7, 2012

CERITA 4

"HOSPITAL??!!” sedikit terjerit, tangan kanan membetul-betulkan rambut di notice board dan tangan kiri menyeluk pocket mencari kepingan syiling.

"Haa la.. hospital.. hang wat teruk ni pasai pa..” mencapai stoking dan menyarung Nike Air Max bewarna merahnya itu.   

GEDEGANG! Berkelip-kelip lampu di vending-machine,

"Alor star? Yes!! "  penutup tin dibuka.

Haha.Tak sempat nak ditapis je ketawa tu pecah. "byk la hang! Pekan je.." Gardenia cokelat dicapai dari carton box di atas bench.

Ketawa juga. "igtkan nak pusing2 alor star,haish! Pekan je..." Senyap sejenak.Air yang sejuk dibiarkan turun menuruni rengkung. Lega terasa tekak yang perit kering. Peluh terasa basah menuruni belakang badan. Terlalu berkejar-kejar sgt..last2 diorang berdua yg paling awal sampai kt PPKK tu...

Roti dikunyah perlahan sebelum ditelan. "Tapi aku tak sure la Aman Campus ni nak bwk kita semua gi hospital pekan je..katanya nak jemput media takkan pekan je" Sengih sumbing.

Tangan yang tengah membetulkan letak ‘beats’ ditelinga terhenti. Member di sebelah dipandang.sengih sumbing berbalas. "semua MPP?."

“yep! I guess so...” mula meliuk-liukkan badan ke belakang, penat bermain PES malam tadi tak hilang,

“eh?daus mane? Sambung tido? Tak aci nih... yg lain mane ni?” sambil mengibas-ngibas snowcap. Tersenyum dia memikirkan tournament malam tadi.. mana tak nye, start dari lepas isyak sampai lah ke azan subuh duk mengadap game bola tu.. awalnnya main berdua dgn Daus, tibe-tibe ramai pulak yg take part dalam unofficial tournament tu.. bukannye ade hadiah pun.. hehe... masing-masing besengkang mata menahan ngantok. Controller tu pun dah lunyai dikerjakan, lepas sorang-sorang, tak putus silih berganti...

Tiba-tiba telefon di dalam poket seluarnya berdering, lagu All Time Low menjerit di segenap foyer PPKK tu... kelam kabut dia mengeluarkan handphonennya....
eh? Unknown number..spe pulak ni,

“Hello,Assalamualaikum”

“epoy ke tu? Tanya suara tu selepas diam sebentar

Dahinya mula berkerut. Minah mane pulak ni call aku pagi2.. reputation aku clean kot... takde gosip2.. mane dtg budak ni? Number pun aku tak save dlm phone.

“yuhuuuuu....haluuuu”

Epoy tersedar. “haa..aku.. siape ni?” tanyanya sedikit kasar.

“mak ai...garang benor...”

“ni sape nie?! Nak buat crank call? You’ve got the wrong person la.. go somewhere else and get drowned!!”

Suara di hujung talian senyap seketika...
“oi!! Number pres sendiri pun kau tak save eh? Ni akulaaa,, pinjam handset farid kejap, EMO pulak dia? Tak sarapan eyh?

Merah mukenye menahan malu! Ambik kau... cpt sgt accuse yg bukan-bukan. Nasib baik la dia ni sporting sikit... kalau tak mau nye aku kene fire balik..douche!

“hihi... yg kau buat call through handset dia tu pesal, kan dah kene se’bucket’! haha”

“ahh kau!! Prank call la, ape la, tak sarapan la tu nak nyirap-nyirap pulak..hish!”

“aku minum ‘H-TWO-O’ je setin tau tak.. tu pun share dgn zaim ni...lambatnye!! korang katne ha?”

“eh? Kau silap sebut atau aku silap dengar? Lambat? Satu bas tgh tunggu korang berdua nih, korang tu yg lambat..tu la.. lepas subuh jangan tidor! Dengar announcement...! kan da tukar tempat kumpul... heish! Dah! Dengan pantasnye kau lari ke tempat bas kolej ni.. SEKARANG!”

Nasib je budak ni pandai sikit dari aku, iyelah... budak SPC.. medic venayaka pulak tu...



Kalau selalu orang datang ke hospital nak menziarahi kenalan,kawan atau ahli keluarga yang sakit, takde pulak selama ni aku dengar org datang hospital sebab saje2,suke2, menghabiskan masa lapang.

Takpun kalau weekend, org semua berpusu-pusu ke Mid-valley,the mines,starHILL, times square, paling-paling koman pun mydin yang berdekatan... JARANG nak dgr org plan nak habiskan weekend di hospital? Ape yg nak dishopping nye? Ubat? Jubah hijau wad? Window shopping ape? Pesakit-pesakit yg pelbagai ragam? Nak had fun ape kat situ... cinema? Paintball? Bowling? Karaoke? Haha....

Tapi berbeza dengan aku, DAN RAKAN-RAKAN... aha! Kenape di FONT kan rakan2 tu? Sebab aku tak pergi sorang-sorang.. pergi ramai2.. so kalau nak claim aku gila,kepale masuk air, atau senget sebelah ke ape.. jangan nak claim on aku sorang-sorang ye. ;) ehem-ehem.. sambung balik...

Berbeza pula dengan kami, yang takde penyakit atau kenal sorang pun pesakit kat situ datang membuat lawatan ke hospital. Kami pergi wad ke wad.. wad kanak-kanak, wad lelaki,wad perempuan, wad bersalin..  kami beramah mesra, memberi hadiah, mendorong semangat dan menceriakan mereka. Bagi aku.. ini sebenarnya merupakan pengalaman yang nampak macam biasa tapi luar biasa. Lawatan ini memberi pendedahan kepada kami untuk mendekati masyarakat..

Ingat senang ke nak pergi tegur orang yang tidak kenal, Tanya dduk kat mana? Pasai pe gi hospital?pastu, nak beramah mesra, bagi button n hadiah, salam pastu blah... oh! Tidak semudah itu,, ia memerlukan keberanian dan keyakinan untuk berhadapan dgn org. Ye! Itu yang kami pelajari. Melatih diri dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi and the others soft-skill.

Dan sebenarnye... bukan nak citer pasal experience lawatan ke hospital tu, tapi nak share sebuah cerita. Cerita yang kalau sebut pasal hospital. Automatically, minda aku akan diset untuk mengingati cerita ni................



Dalam satu bilik di hospital, ada dua orang pesakit. Sorang pesakit A katilnya betul-betul di sebelah tingkap, dan sorang lagi pesakit B katlnya on the other side la kan..
Pesakit A ade HIV infection dan sedang ‘menunggu masa’... manakala pesakit B pula kakinya terseliuh,tidak boleh berjalan namun sedang menunggu untuk sembuh dan pulih seperti normal.

Setiap hari,pesakit B merungut dan bersedih kerana tidak dapat berbuat apa-apa melainkan terbaring di katil sahaja.. manakala pesakit A setiap hari akan berdiri di hadapan tingkap bilik dan melontarkan pandangannya ke luar.

Dan setiap hari juga pesakit A akan cuba menghilangkan kesedihan pesakit B dengan menceritakan keindahan alam di luar. Hijaunya pokok, birunya awan, lembutnya angin, semuanya diceritakan tanpa terlepas satu pun.

Pesakit A: pemandangan di luar sungguh indah!....

Pesakit B: bro...pleaseeee...if u don’t mind, ceritakan sikit, nak sgt tgk...tapi tak boleh nak gerak pulak...bosan....

Pesakit A: kat luar ni, ada tasik, tepi-tepi tasik tu pulak, ada pokok2 yang rendang, di bawahnya ada beberapa keluarga sedang berkelah, si anak berlari berkejar-kejaran, ada pula yang sibuk menerbangkan layang-layang di awan. Burung pula bertebangan di udara, angin pula damai menghembuskan bayu yang sedikit sejuk.
Dan setiap hari pesakit A akan menceritakan perihal yang sama sehingga rakannya itu tidak lagi bersedih dan merungut, malah seronok dengan apa yang didengari itu.

Akhirnya waktu pesakit A pun tiba, pesakit B terasa kehilangan rakannya yang gemar menceriakan dan menghilangkan kesedihan. Kini, beliau sudah pulih dan boleh berjalan, doktor pula sudah mengizinkannya untuk pulang ke rumah. Ketika beliau sedang bersiap-siap untuk mengemas barang, terdetik di hati untuk menjengah panorama di luar, dan.......
Alangkah terkejutnya apabila beliau mendapati pemandangan di luar 
tingkap itu hanyalah sebuah tembok besar dan tiada pemandangan2 
indah seperti yang pesakit A gambarkan kepadanya.  


psssstt: segala watak yg ada, hanyalah rekaan semata-mata! haha! :DD

Saturday, June 30, 2012

CERITA 3

Teringat pengalaman ketika menemani seorang rakan yang menjadi fasilitator untuk sebuah kem motivasi sekolah rendah. Waktu itu, hati terasa berat sgt nak memenuhi hajatnya, al-maklumlah, musim2 cuti ni sepatutnye dihabiskan di rumah,bersama keluarga... nak dijadikan cerita, disebabkan aku nekad juga nak pergi ke hutan Belum,perak bersma rakanku itu, keluarga aku kesemuanya “merajuk” lari bercuti ke sentosa island & universal studio,Singapore! Ahhhh!! Terlepas peluang keemasan tu!! namun apa boleh buat... janji tetap janji. Aku ikut juga menemani rakanku itu sambil berharap akan dapat pengalaman seseronok familyku yang pergi ke universal studio.. walaupun akan bermalam di dalam hutan selama 3 hari di PERAK! Oh!



Lagu-lagu etnik kreatif Hindustan diputarkan Sepanjang perjalanan aku dari stesen bas Larkin smpai lah nak masuk ipoh ni, mau 4-5 jam jugak aku kene suap dgn lagu yg sepatah haram pun tak paham, sementara driver bas dengan enjoy dan bahagianya menggeleng-gelengkan kepala mengikut alunan dan rentak muzik asing tersebut,ye! Asing bagiku... lagu pun tak tau lagu ape,inikan artis yang nyanyikan, 

meanwhile aku pula mula berkira-kira memikirkan kesusahan , penderitaan , azab , siksa yg bakal aku tanggung dlm hutan tu nanti,(ceh macam la teruk sgt an) Dengan nyamuk,pacat,Charlie ,tu tak kira lagi gangguan2 serangga kecik,besor,sedang,tinggi, pastu haiwan-haiwan liar dalam hutan tu lagi and another thing, for sure kat sana PANAS! Tido dlm khemah, sesak2, sempit2, sumpah tak selesa! Seriously! Kemudahan yg ada pun confirm2 serba tak mudah dan kurang, HAH! nak mandi nanti entah kat mane, makanan lagi, n yang paling penting line phone! Ahhhh!! No effin’ way!!  Camne nak log-in twitter?? Posting instagram pun tak lepas!! Membazir view lawa2 tapi tak boleh nak show-off kat public,, Totally bored! Kalau check-in kat foursquare pun belum tentu Apps tu bole detect tempat2 jin bertendang camni... ouhh!! Hold on, almost forget! Ni kalau tab n laptop aku habis bateri, nak charge kt maneee??!!! Arghh!

“PAP!!”


“aduhhhh....”keluhku sambil mengurut2 kepala. Belum sampai kat tempat tu lagi,macam-macam assumption ko dh buat, amekk kau!!
Aku bingkas bangun sambil memandang seat dihadapan, sungguh! Seat tu berjasa besar dalam menyedarkan aku kembali ke bumi nyata, kalau tak..mahu 4-5 paragraph lagi aku sambung melaung-laungkan sangkaan aku yang buruk!


“oh! Da smpai rupenye...” aku turun perlahan-lahan,lalu sebelah driver bas,ucap terima kasih,berikan senyuman yg paling simple tapi ala-ala macho gitu, nak beri salam tak boleh pulak, non-muslim. so, ape lagi... beredar!!
Aku dan beberapa org rakanku tiba di Grik lbih kurang pukul 11 pagi, waktu tempatan. Masuk ni dah 4 kali aku berkunjung ke Perak, kawan-kawan pun ramai yg ade kat sini.. serta merta TER-flashback bayangan muka2 member yg berasal dari sini. Dengan dialek mereka, sifat ramah mereka, nah! Ak tersenyum kambing sorang2 teringatkannya..

Oh ya,lupa nak citer mengenai kem yang aku turut serta secara tidak langsung, tak jadi fasi pun cume tolong2 n temankan kawan aku je ni ha,..  em..                    “Islamic teambuilding camp” waww!! Name je sudah meng-impresskan aku! Walhal peserta kem hanyalah kanak-kanak berusia 12 tahun, mereka ini adalah pelajar2 cemerlang UPSR yg dipilih dari seluruh pelusuk negeri Perak. So, rata-rata               (eh? Bukan kesemuanya ke?) peserta ialah org melayu dan beragama islam.. dah banyak sangat menyimpang cerita ni,straight to the point!

Di dalam susunan slot yg melambak-lambak itu, aku tertarik dengan satu slot, “mengasah belakang parang” dan untuk makluman ye, name2 utk slot lain adalah skema seperti biasa. Jadi, slot ni sahaja yg aku tertarik( memang jenis cepat tertarik dgn name je eyh?)dan mengambil bahagian secara tidak serius,dengan menjadi pemerhati. Slot yg dikendalikan oleh wan Ibrahim bin wan mamat, YDP university teknologi Petronas aku ikuti dari awal slot sehingga tamat.



Apa yg menariknya dalam slot ini ialah kesemua peserta diberikan sekeping kertas A4 bewarna putih dan.................

baiklah! Sekarang ni... saya nak minta anda semua buat satu titik hitam di tengah2 kertas tersebut” terang si moderator,YDP UTP.

“kemudian beritahu kat saya apa yg anda nampak”

“ade ‘dot’ kat tengah ni bang”

“ade titik kat tengah bang”

“ade titik kat atas kertas ni”

“ade titik kat tengah2 kertas ni”

“ade titik warna hitam kat tengah2 kertas ni”

“ade titik warna hitam kat tengah2 kertas A4 ni”

“ade titik warna hitam kat tengah2 kertas A4 warna putih ni..”

“jawapan lain”soal moderator Ibrahim.

Kemudian ade seorang pelajar mengangkat tangan....
“ya,apa yg awk nampak?.. “soal moderator.
“saya nampak kapal terbang....” berderai ketawa semua yg ada di dalam dewan,semua rakan-rakan yg lain galak mentertawakannya.

“jelaskan...” tersenyum moderator

Semua mata ketika itu mula beralih, fokus kepadanya seorang,dan dia mula bersuara   “kapal terbang kalau berada di atas awan sana...kalau kita tengok dari depan & jauh kan bentuk dia camni...kecik jee...dot hitam dan sekelilingnya warna putih”jelas pelajar yang baru berumur 12 tahun.  

“cita-cita awak apa dik?”soal moderator

“pilot! Atau engineer air-craft!”jawab pelajar itu...

“macam mana awak boleh bagi jawapan yg awak nampak kapal terbang,sedangkan rakan2 awak yg lain hanya nampak satu titik hitam yg tidak membawa maksud apa2 di atas kertas??” soal moderator.

“betol, saya pun nampak bende yg sama kat atas kertas tu, tapi sampai bila saya nak pikir yg saya tgh tengok sekarang ni hanyalah satu titik hitam di atas kertas... abang pun tadi tak cakap apa-apa pun yg kami semua kena jawab ikut logik ke apa ke, arahan abg saya dah ikut,buat titik hitam dan bgtau apa yg saya nampak...dan itulah yg saya nampak... sebuah kapal terbang!” ulas budak itu tadi.


Itulah dia, jika kita keluar dari lingkungan”titik hitam dan kertas putih” macam2 sebenarnya yg boleh kita NAMPAK...  Aku benar2 kagum dengan cara pelajar itu berfikir, walhal baru berumur 12 tahun, beliau melihat apa yg org lain lihat,beliau nampak!! Tapi bila diminta untuk beri pandangan, beliau keluar dari lingkungan kebiasaan..namun tidak melanggar batas2 logik.. sebab apa? Jika diteliti penerangan pelajar itu tadi ada benarnya,kerana kapal terbang dari depan dan jauh akan membentuk titik hitam dan awan disekelilingnya akan mmbentuk kawasan putih ..barangkali superman dah selalu nampak...

Benar, Allah adalah sebaik-baik pengatur. Walaupun tidak dapat meluangkan masa dengan keluarga di Singapore, tapi disini aku telah belajar sesuatu, sesuatu yg benar-benar membuka minda supaya berfikir bukan hanya menggunakan akal tapi juga hati. Berfikir dengan kreatif. Berfikir dengan kritis, berfikir tanpa batasan namun tidak sampai terkeluar dari lingkungan syara’ yg telah ditetapkan.. tidak semua benda boleh difikir secara akal logik tapi..kreatif! BENAR... latih minda untuk berfikiran kreatif! Jika kita jalani hidup kita dengan kreatif,kita sebenarnya sudah dua langkah di hadapan berbanding org lain, tapi harus diingat kreatif disini ialah kreatif yg bijak dan bersyariat bukan kreatif yg membabi buta.   


pssstt: memang aku menimba pengalaman seseronok familyku yg ke singapore malah lebih dari tu.. eh? anyway stay kat resort kot...haha!!