Saturday, June 30, 2012

CERITA 3

Teringat pengalaman ketika menemani seorang rakan yang menjadi fasilitator untuk sebuah kem motivasi sekolah rendah. Waktu itu, hati terasa berat sgt nak memenuhi hajatnya, al-maklumlah, musim2 cuti ni sepatutnye dihabiskan di rumah,bersama keluarga... nak dijadikan cerita, disebabkan aku nekad juga nak pergi ke hutan Belum,perak bersma rakanku itu, keluarga aku kesemuanya “merajuk” lari bercuti ke sentosa island & universal studio,Singapore! Ahhhh!! Terlepas peluang keemasan tu!! namun apa boleh buat... janji tetap janji. Aku ikut juga menemani rakanku itu sambil berharap akan dapat pengalaman seseronok familyku yang pergi ke universal studio.. walaupun akan bermalam di dalam hutan selama 3 hari di PERAK! Oh!



Lagu-lagu etnik kreatif Hindustan diputarkan Sepanjang perjalanan aku dari stesen bas Larkin smpai lah nak masuk ipoh ni, mau 4-5 jam jugak aku kene suap dgn lagu yg sepatah haram pun tak paham, sementara driver bas dengan enjoy dan bahagianya menggeleng-gelengkan kepala mengikut alunan dan rentak muzik asing tersebut,ye! Asing bagiku... lagu pun tak tau lagu ape,inikan artis yang nyanyikan, 

meanwhile aku pula mula berkira-kira memikirkan kesusahan , penderitaan , azab , siksa yg bakal aku tanggung dlm hutan tu nanti,(ceh macam la teruk sgt an) Dengan nyamuk,pacat,Charlie ,tu tak kira lagi gangguan2 serangga kecik,besor,sedang,tinggi, pastu haiwan-haiwan liar dalam hutan tu lagi and another thing, for sure kat sana PANAS! Tido dlm khemah, sesak2, sempit2, sumpah tak selesa! Seriously! Kemudahan yg ada pun confirm2 serba tak mudah dan kurang, HAH! nak mandi nanti entah kat mane, makanan lagi, n yang paling penting line phone! Ahhhh!! No effin’ way!!  Camne nak log-in twitter?? Posting instagram pun tak lepas!! Membazir view lawa2 tapi tak boleh nak show-off kat public,, Totally bored! Kalau check-in kat foursquare pun belum tentu Apps tu bole detect tempat2 jin bertendang camni... ouhh!! Hold on, almost forget! Ni kalau tab n laptop aku habis bateri, nak charge kt maneee??!!! Arghh!

“PAP!!”


“aduhhhh....”keluhku sambil mengurut2 kepala. Belum sampai kat tempat tu lagi,macam-macam assumption ko dh buat, amekk kau!!
Aku bingkas bangun sambil memandang seat dihadapan, sungguh! Seat tu berjasa besar dalam menyedarkan aku kembali ke bumi nyata, kalau tak..mahu 4-5 paragraph lagi aku sambung melaung-laungkan sangkaan aku yang buruk!


“oh! Da smpai rupenye...” aku turun perlahan-lahan,lalu sebelah driver bas,ucap terima kasih,berikan senyuman yg paling simple tapi ala-ala macho gitu, nak beri salam tak boleh pulak, non-muslim. so, ape lagi... beredar!!
Aku dan beberapa org rakanku tiba di Grik lbih kurang pukul 11 pagi, waktu tempatan. Masuk ni dah 4 kali aku berkunjung ke Perak, kawan-kawan pun ramai yg ade kat sini.. serta merta TER-flashback bayangan muka2 member yg berasal dari sini. Dengan dialek mereka, sifat ramah mereka, nah! Ak tersenyum kambing sorang2 teringatkannya..

Oh ya,lupa nak citer mengenai kem yang aku turut serta secara tidak langsung, tak jadi fasi pun cume tolong2 n temankan kawan aku je ni ha,..  em..                    “Islamic teambuilding camp” waww!! Name je sudah meng-impresskan aku! Walhal peserta kem hanyalah kanak-kanak berusia 12 tahun, mereka ini adalah pelajar2 cemerlang UPSR yg dipilih dari seluruh pelusuk negeri Perak. So, rata-rata               (eh? Bukan kesemuanya ke?) peserta ialah org melayu dan beragama islam.. dah banyak sangat menyimpang cerita ni,straight to the point!

Di dalam susunan slot yg melambak-lambak itu, aku tertarik dengan satu slot, “mengasah belakang parang” dan untuk makluman ye, name2 utk slot lain adalah skema seperti biasa. Jadi, slot ni sahaja yg aku tertarik( memang jenis cepat tertarik dgn name je eyh?)dan mengambil bahagian secara tidak serius,dengan menjadi pemerhati. Slot yg dikendalikan oleh wan Ibrahim bin wan mamat, YDP university teknologi Petronas aku ikuti dari awal slot sehingga tamat.



Apa yg menariknya dalam slot ini ialah kesemua peserta diberikan sekeping kertas A4 bewarna putih dan.................

baiklah! Sekarang ni... saya nak minta anda semua buat satu titik hitam di tengah2 kertas tersebut” terang si moderator,YDP UTP.

“kemudian beritahu kat saya apa yg anda nampak”

“ade ‘dot’ kat tengah ni bang”

“ade titik kat tengah bang”

“ade titik kat atas kertas ni”

“ade titik kat tengah2 kertas ni”

“ade titik warna hitam kat tengah2 kertas ni”

“ade titik warna hitam kat tengah2 kertas A4 ni”

“ade titik warna hitam kat tengah2 kertas A4 warna putih ni..”

“jawapan lain”soal moderator Ibrahim.

Kemudian ade seorang pelajar mengangkat tangan....
“ya,apa yg awk nampak?.. “soal moderator.
“saya nampak kapal terbang....” berderai ketawa semua yg ada di dalam dewan,semua rakan-rakan yg lain galak mentertawakannya.

“jelaskan...” tersenyum moderator

Semua mata ketika itu mula beralih, fokus kepadanya seorang,dan dia mula bersuara   “kapal terbang kalau berada di atas awan sana...kalau kita tengok dari depan & jauh kan bentuk dia camni...kecik jee...dot hitam dan sekelilingnya warna putih”jelas pelajar yang baru berumur 12 tahun.  

“cita-cita awak apa dik?”soal moderator

“pilot! Atau engineer air-craft!”jawab pelajar itu...

“macam mana awak boleh bagi jawapan yg awak nampak kapal terbang,sedangkan rakan2 awak yg lain hanya nampak satu titik hitam yg tidak membawa maksud apa2 di atas kertas??” soal moderator.

“betol, saya pun nampak bende yg sama kat atas kertas tu, tapi sampai bila saya nak pikir yg saya tgh tengok sekarang ni hanyalah satu titik hitam di atas kertas... abang pun tadi tak cakap apa-apa pun yg kami semua kena jawab ikut logik ke apa ke, arahan abg saya dah ikut,buat titik hitam dan bgtau apa yg saya nampak...dan itulah yg saya nampak... sebuah kapal terbang!” ulas budak itu tadi.


Itulah dia, jika kita keluar dari lingkungan”titik hitam dan kertas putih” macam2 sebenarnya yg boleh kita NAMPAK...  Aku benar2 kagum dengan cara pelajar itu berfikir, walhal baru berumur 12 tahun, beliau melihat apa yg org lain lihat,beliau nampak!! Tapi bila diminta untuk beri pandangan, beliau keluar dari lingkungan kebiasaan..namun tidak melanggar batas2 logik.. sebab apa? Jika diteliti penerangan pelajar itu tadi ada benarnya,kerana kapal terbang dari depan dan jauh akan membentuk titik hitam dan awan disekelilingnya akan mmbentuk kawasan putih ..barangkali superman dah selalu nampak...

Benar, Allah adalah sebaik-baik pengatur. Walaupun tidak dapat meluangkan masa dengan keluarga di Singapore, tapi disini aku telah belajar sesuatu, sesuatu yg benar-benar membuka minda supaya berfikir bukan hanya menggunakan akal tapi juga hati. Berfikir dengan kreatif. Berfikir dengan kritis, berfikir tanpa batasan namun tidak sampai terkeluar dari lingkungan syara’ yg telah ditetapkan.. tidak semua benda boleh difikir secara akal logik tapi..kreatif! BENAR... latih minda untuk berfikiran kreatif! Jika kita jalani hidup kita dengan kreatif,kita sebenarnya sudah dua langkah di hadapan berbanding org lain, tapi harus diingat kreatif disini ialah kreatif yg bijak dan bersyariat bukan kreatif yg membabi buta.   


pssstt: memang aku menimba pengalaman seseronok familyku yg ke singapore malah lebih dari tu.. eh? anyway stay kat resort kot...haha!!

No comments: