Wednesday, June 27, 2012

CERITA 1

Suatu hari di Bandar Madinah Al-munawwarah, kelihatan seorang pemuda sedang tergesa-gesa masuk ke ruangan solat untuk menunaikan sembahyang fardhu’ isyak yang diimamkan Rasulullah..

Usai menunaikan solat, aktiviti biasa para jemaah masjid ialah mengelilingi Rasulullah untuk mendengar ingatan dan nasihat baginda namun pemuda itu melangkah keluar dari masjid dalam keadaan dirinya dilanda dilemma yang dahsyat.. dalam masa pemuda itu ralat berfikir.. dia terdengar Rasulullah bersabda  

“Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu yang haram maka mereka akan memperolehinya ketika sudah halal”

 Ucapan Nabi S.A.W tadi amat terkesan di hatinya. Ketika pulang ke rumah.... pemuda itu tidak dapat melelapkan mata memikirkan pelbagai perkara.. fikirannya kecamuk,kusut, tensyen,stress,serabut.. ditambah lagi tadi beliau terdengar kata-kata dari Nabi s.a.w.


Akhirnya suasana malam menggoda dirinya untuk kembali melakukan aktiviti hariannya sebagai seorang perompak, pemuda itu kemudiannya berhasrat untuk merompak buat kali terakhir sebelum brjumpa Nabi pada keesokan hari.
Beliau kemudiannya berjalan disusur-susur Bandar Madinah untuk mencari rumah yang sesuai untuk dirompak.. sebagai perompak professional, dia melihat kesesuaian sesebuah rumah itu dirompak dari aspek keselamatan (susah ke payah nak pecah masuk) , harta benda ( banyak ke tak yg boleh dikebas) , dan lain-lain perkara ( rezeki2 tambahan seperti anak dara..wow!! , kenderaan dan makanan) namun kerjanya hanya setakat merompak dan tidak akan sesekali bertindak untuk membunuh mangsa..ye! itu prinsipnya..




Perompak itu kemudiannya berhasil menemukan sebuah rumah yang dihuni oleh seorang janda.. (oh! Janda berhiass,, ). Setelah memastikan line-clear.. xde orang usha, perompak itu memulakan kerja2 memecah masuk rumah..  dan ternyata di rumah itu terdapat banyak makanan yang enak dan pasti mengundang selera. Fasa pertama sesi rompakan dimulakan dengan menjamu selera..(yihaaaa!! ) “kenyanglah aku malam ni.. mmg on-time wktu aku supper..” katanya

Ketika dia sedang memulai untuk menelan kesemua santapannya tiba-tiba dia teringat kata-kata Rasulullah ketika solat isyak tadi.. (style tak style arn perompak sembahyang jemaah kat masjid) . akhirnya dia tak jadi mkn.

Terus beralih ke fasa 2,Tatkala dia beranjak dari bilik ke bilik lain,dia terjumpa sebuah perhiasan dan wang yang bnyak. Dan ketika dia hendak mengambil kesemua wang hrta itu untuk dimasukkan ke dalam guni.. dia teringat kata-kata Rasulullah lalu membatalkan niat jahatnya.. (mission failed)
Setelah itu dia masuk pula ke sebuah bilik yang besar. Didalam bilik itu terbaring janda yg cantik sedang lena dengan nyenyak sambil menampakkan sebahagian dari peha dan betisnya yang putih gebu.. perompak itu tergoda dan bemaksud untuk melempiaskan nafsunya.. (jeng jeng jeng..Fasa 3..)  on the way dia nak merapati katil janda itu dalam keadaan yang amat ghairah dan bernafsu dia teringat kata-kata Rasulullah sekali lagi 
akhirnya sekali lagi dia membatalkan niat jahatnya dan meninggalkan rumah itu.

Keesokan harinya setelah menunaikan solat subuh, dia bertekad untuk bertaubat di hadapan Rasulullah S.A.W, kemudian duduk menyendiri di salah satu sudut masjid sambil merenung kembali peristiwa yang baru dialaminya malam tadi dan menghitung betapa besar dosanya andai perbuatan itu dilakukan.  Tidak lama selepas itu datanglah seorang wanita ke masjid dan menceritakan kepada Rasulullah s.a.w kejadian yang menimpanya semalam di rumahnya.
ya Rasulullah, aku dapati tiada barang yang hilang namun risau gak kot2 perompak tu dtg balik nanti mcm mne an, so, saya mintak tolong supaya Rasulullah carikan seorang lelaki yang gagah untuk menjaga rumahku”adu wanita itu. Rasulullah kemudian mengalihkan pandangannya kpd seorang yg sedang duduk menyendiri di salah satu sudut masjid. Kemudian Rasulullah bertanya pada lelaki tersebut (penjahat tadi) adakah beliau sudah beristeri?

Setelah mengetahui bahawa lelaki itu masih bujang yang hanya menghabiskan sisa hidupnya selama ini dengan merompak, maka baginda menawarkannya seorang calon isteri.

Lelaki itu terdiam begitu juga janda yang mengadu tadi. Muka mereka kemerah-merahan sama2 menahan malu. Tetapi Rasulullah yg arif segera mengikat kedua insan itu menjadi suami isteri yang sah. Dan... pecahlah tangis lelaki itu sambil menceritakan kepada Rasulullah hal yg sebnarnye, bahwa pencuri yg dimksudkn tidak lain tidak bukan adalah dirinye sendiri.



Wanita itu keluar dari masjid sambil diiringi lelaki yang kini telah menjadi suaminye yg soh!! Mereka berjalan beriringan dgn pnuh romantic menuju ke rumah yang malam td hmpir2 dijadikan sasaran rompakan. Tibanya dirumah, makanan2 yg sedap2 mcm laki tu nampak mlm tdi msih sama tidak terusik seperti malam tdi. Bezanye skrg mknn itu sudah tidak haram lagi.. maka tanpa ragu2 makanan itu dilahapnye sehingga kenyang. Wang,emas dan perhiasan yang hendak dicuri kini menjadi miliknya yg halal. Sampaikan kalau dia nak buat bisnes gune harta2 tu pun bole tauuu....

Meanwhile, wanita cantik yang hamper dinodai semalam kini telah halal untuk disentuh, malah untuk melakukan lebih dari itu juga sudah menjadi perkara sunnah.. waww!!
Lelaki itu berbisik sendiri dalam hati,benarlah sabda nabi S.A.W “barangsiapa yang meninggalkan haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah menjadi halal”

pstt: ramai yang mendekati haram sebelum tibanya waktu ianya menjadi halal kan?kan?kan?



No comments: