Saturday, June 30, 2012

CERITA 3

Teringat pengalaman ketika menemani seorang rakan yang menjadi fasilitator untuk sebuah kem motivasi sekolah rendah. Waktu itu, hati terasa berat sgt nak memenuhi hajatnya, al-maklumlah, musim2 cuti ni sepatutnye dihabiskan di rumah,bersama keluarga... nak dijadikan cerita, disebabkan aku nekad juga nak pergi ke hutan Belum,perak bersma rakanku itu, keluarga aku kesemuanya “merajuk” lari bercuti ke sentosa island & universal studio,Singapore! Ahhhh!! Terlepas peluang keemasan tu!! namun apa boleh buat... janji tetap janji. Aku ikut juga menemani rakanku itu sambil berharap akan dapat pengalaman seseronok familyku yang pergi ke universal studio.. walaupun akan bermalam di dalam hutan selama 3 hari di PERAK! Oh!



Lagu-lagu etnik kreatif Hindustan diputarkan Sepanjang perjalanan aku dari stesen bas Larkin smpai lah nak masuk ipoh ni, mau 4-5 jam jugak aku kene suap dgn lagu yg sepatah haram pun tak paham, sementara driver bas dengan enjoy dan bahagianya menggeleng-gelengkan kepala mengikut alunan dan rentak muzik asing tersebut,ye! Asing bagiku... lagu pun tak tau lagu ape,inikan artis yang nyanyikan, 

meanwhile aku pula mula berkira-kira memikirkan kesusahan , penderitaan , azab , siksa yg bakal aku tanggung dlm hutan tu nanti,(ceh macam la teruk sgt an) Dengan nyamuk,pacat,Charlie ,tu tak kira lagi gangguan2 serangga kecik,besor,sedang,tinggi, pastu haiwan-haiwan liar dalam hutan tu lagi and another thing, for sure kat sana PANAS! Tido dlm khemah, sesak2, sempit2, sumpah tak selesa! Seriously! Kemudahan yg ada pun confirm2 serba tak mudah dan kurang, HAH! nak mandi nanti entah kat mane, makanan lagi, n yang paling penting line phone! Ahhhh!! No effin’ way!!  Camne nak log-in twitter?? Posting instagram pun tak lepas!! Membazir view lawa2 tapi tak boleh nak show-off kat public,, Totally bored! Kalau check-in kat foursquare pun belum tentu Apps tu bole detect tempat2 jin bertendang camni... ouhh!! Hold on, almost forget! Ni kalau tab n laptop aku habis bateri, nak charge kt maneee??!!! Arghh!

“PAP!!”


“aduhhhh....”keluhku sambil mengurut2 kepala. Belum sampai kat tempat tu lagi,macam-macam assumption ko dh buat, amekk kau!!
Aku bingkas bangun sambil memandang seat dihadapan, sungguh! Seat tu berjasa besar dalam menyedarkan aku kembali ke bumi nyata, kalau tak..mahu 4-5 paragraph lagi aku sambung melaung-laungkan sangkaan aku yang buruk!


“oh! Da smpai rupenye...” aku turun perlahan-lahan,lalu sebelah driver bas,ucap terima kasih,berikan senyuman yg paling simple tapi ala-ala macho gitu, nak beri salam tak boleh pulak, non-muslim. so, ape lagi... beredar!!
Aku dan beberapa org rakanku tiba di Grik lbih kurang pukul 11 pagi, waktu tempatan. Masuk ni dah 4 kali aku berkunjung ke Perak, kawan-kawan pun ramai yg ade kat sini.. serta merta TER-flashback bayangan muka2 member yg berasal dari sini. Dengan dialek mereka, sifat ramah mereka, nah! Ak tersenyum kambing sorang2 teringatkannya..

Oh ya,lupa nak citer mengenai kem yang aku turut serta secara tidak langsung, tak jadi fasi pun cume tolong2 n temankan kawan aku je ni ha,..  em..                    “Islamic teambuilding camp” waww!! Name je sudah meng-impresskan aku! Walhal peserta kem hanyalah kanak-kanak berusia 12 tahun, mereka ini adalah pelajar2 cemerlang UPSR yg dipilih dari seluruh pelusuk negeri Perak. So, rata-rata               (eh? Bukan kesemuanya ke?) peserta ialah org melayu dan beragama islam.. dah banyak sangat menyimpang cerita ni,straight to the point!

Di dalam susunan slot yg melambak-lambak itu, aku tertarik dengan satu slot, “mengasah belakang parang” dan untuk makluman ye, name2 utk slot lain adalah skema seperti biasa. Jadi, slot ni sahaja yg aku tertarik( memang jenis cepat tertarik dgn name je eyh?)dan mengambil bahagian secara tidak serius,dengan menjadi pemerhati. Slot yg dikendalikan oleh wan Ibrahim bin wan mamat, YDP university teknologi Petronas aku ikuti dari awal slot sehingga tamat.



Apa yg menariknya dalam slot ini ialah kesemua peserta diberikan sekeping kertas A4 bewarna putih dan.................

“baiklah! Sekarang ni... saya nak minta anda semua buat satu titik hitam di tengah2 kertas tersebut” terang si moderator,YDP UTP.

“kemudian beritahu kat saya apa yg anda nampak”

“ade ‘dot’ kat tengah ni bang”

“ade titik kat tengah bang”

“ade titik kat atas kertas ni”

“ade titik kat tengah2 kertas ni”

“ade titik warna hitam kat tengah2 kertas ni”

“ade titik warna hitam kat tengah2 kertas A4 ni”

“ade titik warna hitam kat tengah2 kertas A4 warna putih ni..”

“jawapan lain”soal moderator Ibrahim.

Kemudian ade seorang pelajar mengangkat tangan....
“ya,apa yg awk nampak?.. “soal moderator.
“saya nampak kapal terbang....” berderai ketawa semua yg ada di dalam dewan,semua rakan-rakan yg lain galak mentertawakannya.

“jelaskan...” tersenyum moderator

Semua mata ketika itu mula beralih, fokus kepadanya seorang,dan dia mula bersuara   “kapal terbang kalau berada di atas awan sana...kalau kita tengok dari depan & jauh kan bentuk dia camni...kecik jee...dot hitam dan sekelilingnya warna putih”jelas pelajar yang baru berumur 12 tahun.  

“cita-cita awak apa dik?”soal moderator

“pilot! Atau engineer air-craft!”jawab pelajar itu...

“macam mana awak boleh bagi jawapan yg awak nampak kapal terbang,sedangkan rakan2 awak yg lain hanya nampak satu titik hitam yg tidak membawa maksud apa2 di atas kertas??” soal moderator.

“betol, saya pun nampak bende yg sama kat atas kertas tu, tapi sampai bila saya nak pikir yg saya tgh tengok sekarang ni hanyalah satu titik hitam di atas kertas... abang pun tadi tak cakap apa-apa pun yg kami semua kena jawab ikut logik ke apa ke, arahan abg saya dah ikut,buat titik hitam dan bgtau apa yg saya nampak...dan itulah yg saya nampak... sebuah kapal terbang!” ulas budak itu tadi.


Itulah dia, jika kita keluar dari lingkungan”titik hitam dan kertas putih” macam2 sebenarnya yg boleh kita NAMPAK...  Aku benar2 kagum dengan cara pelajar itu berfikir, walhal baru berumur 12 tahun, beliau melihat apa yg org lain lihat,beliau nampak!! Tapi bila diminta untuk beri pandangan, beliau keluar dari lingkungan kebiasaan..namun tidak melanggar batas2 logik.. sebab apa? Jika diteliti penerangan pelajar itu tadi ada benarnya,kerana kapal terbang dari depan dan jauh akan membentuk titik hitam dan awan disekelilingnya akan mmbentuk kawasan putih ..barangkali superman dah selalu nampak...

Benar, Allah adalah sebaik-baik pengatur. Walaupun tidak dapat meluangkan masa dengan keluarga di Singapore, tapi disini aku telah belajar sesuatu, sesuatu yg benar-benar membuka minda supaya berfikir bukan hanya menggunakan akal tapi juga hati. Berfikir dengan kreatif. Berfikir dengan kritis, berfikir tanpa batasan namun tidak sampai terkeluar dari lingkungan syara’ yg telah ditetapkan.. tidak semua benda boleh difikir secara akal logik tapi..kreatif! BENAR... latih minda untuk berfikiran kreatif! Jika kita jalani hidup kita dengan kreatif,kita sebenarnya sudah dua langkah di hadapan berbanding org lain, tapi harus diingat kreatif disini ialah kreatif yg bijak dan bersyariat bukan kreatif yg membabi buta.   


pssstt: memang aku menimba pengalaman seseronok familyku yg ke singapore malah lebih dari tu.. eh? anyway stay kat resort kot...haha!!

Thursday, June 28, 2012

CERITA 2

Rasulullah s.a.w pernah bersabda,mafhumnya
“Allah akan menghilangkan ilmu dengan mematikan para ulama’. Sehinggalah tiada alim ulama’ yg tinggal. Maka ketika itu manusia akan melantik ketua mereka org yg JAHIL. Apabila org menanyakan sesuatu,mereka mengeluarkan fatwa tanpa asas ilmu. Sesatlah mereka malah menyesatkan org lain”     -riwayat al bukhari-

Teringat sebuah kisah benar yang berlaku dikalangan masyarakat melayu kita HARI INI.. tidaklah gempar mane citer ni namun terkandung sedikit sebanyak i’brah yg boleh kita ambil untuk membantu diri kita sendiri..

Ala... bace kejap, ape salahnye kan?

Kisah ini dialami sendiri oleh rakanku yang mengambil tugas seorang tok-kadi (jurunikah) yang jatuh sakit.. keje beliau ni pun tok kadi juga, so.. takde masalah la jika dia nak menggalas tugas tersebut... namun yg menjadi sedikit masalah ialah tugas beliau yg sepatutnye selesai sebelum zohor kini berganjak sehingga ke asar... lari sedikit perancangannya bersama keluarga hari ini.. cuti2 sekolah begini memang ramai yg ‘membina masjid’, maklumlah, bende elok/perkara baik harus dipercepatkan..

Rumah terakhir yg bakal dikunjungi berada sedikit jauh dari Bandar dan memakan sedikit masa yg agak lama, jadi beliau bercadang untuk bertolak  sedikit awal, dan menyempurnakan solat asar di dalam perjalanan. Dan kira2 selepas asar beliau akan sampai di sana. Begitulah rancangannya yg disusun atur dan rapi.

Seperti yg dirancang beliau akhirnya selamat tiba di masjid kampung tersebut, beliau disambut baik oleh wakil pengantin..

Tok kadi: eh? Mane yg nikahnye? Siapenye yg nak nikah?                                    
(pelik melihat attire lelaki yg berada dihadapannya..)

Wakil pengantin: ouh.. bukan saye, ade orgnye kat dalam tgh sembahyang sunat  hajat...

Tok kadi: hah? Sembahyang hajat? Lepas2 asar mcm ni?                            
(buat muke troll smbil bersangka baik)

>>  tok kadi itu kemudiannya mengambil tempat bersama2 dengan pengantin lelaki n perempuan yg nampak sudah tidak sabar2 untuk dinikahkan.. kini, pengantin lelaki itu berada di hadapan tok kadi, sekali imbas bila dilihat wajah pengantin ini seperti org yg mempunyai ilmu agama yg tinggi... bisik tok kadi tersebut..

Tok kadi: memandangkan anda ni nak kawin, tanggungjwb suami pun besar... jadi saye nak ujilah sikit ye... tgk lepas ke x lepas..

Pengantin: silekan tok, sila...sila...

Tok kadi: tolong bacakan kat saya istighfar...

Pengantin: istighfar tok? Yg panjang ke yg pendek?

Tok kadi: (aku dh agak,ilmu dia ni memang tinggi...) aaa...bacelah yg pnjang...

Pengantin: aaa...eeee.....emmm...emm... acaner tok? Lupo lah pulak aih..igtkn yg depan sikit tok...

Tok kadi: saye bace...awak sambung....ehem2.. ASTAGHFURULLAHHHHH HAL A’ZIMMM...ALLAZI......................

Pengantin: ALLAZI YUWASWISUFI SUDURINNAS...MINAL JINNATIWANNASS...

Tok kadi: HAH??!!!! (sangka baik...takpe2... PERLI aku ye..tau la ilmu tinggi,siap kau...!!) ouh.. baiklah... sekarang bacakan pula doa iftitah...

Dengan penuh yakin dan confident...sambil meletakkan tgn ditelinga seperti qari kebangsaan lagaknya..beliau memulakan bacaan...
Pengantin: ALLAHUAKBAR KABIRO...WALHAMDULILLAHHI KASIRO...WA SUBHANALLAHHI BUKROTAWWA’ASILAH... WAJJAHTU WAJHIYA LILLAZI FATARA’SSAMAWATI WAL ARD’ HANIFANM MUSLIMAUUWAMA ANA MINAL MUSYRIKIN.............

Tok kadi: bagus2..sambung2...

Pengantin: ehem2... INNASSOLATI WA SUZUKI,WA YAMAHA WA KAWASAKI, PANASONIC, SONY, BLACKBERRY........

Tok kadi: wopp...woppp...wopp... enough! Enough! Smpai blackberry pn dh kluor nii..kejadah aih? ish2... xpe2... (sangka baik lagiii) mcm ni laa..aku bagi soalan lain pulak..em... kang nanti da kawin.. mandi wajib tu bnde penting,,,so, ace kome terang kt aku mcm mane gayenye nk mndi wajib tuuu...?

Pengantin: mule saye mndi mcm biase sekali pastu mandi gune air tanah 6 kali... kan?kan?

Sambil menepuk2 dahi tok kadi itu mengucap panjang...

Tok kadi: ya Allah.... sabar..sabar... (sangka baik!!! Sangka baik lagiii!!) ok2..last chance, terangkan sikit mengenai solat...

Pengantin: solat merupakan komponen paling penting dalam islam.. lantaran itu, solat telah diumpamakan seperti tiang agama.. jika tiada tiang maka runtuhlah sesebuah bangunan itu, same lah jua keaadaannya dgn solat, jika tidak solat maka runtuhlah agama....                                                                               
(ulasnya yg mengalahkan finalis imam muda)

Tok kadi: Aaaa..cukup2 Alhamdulillah ... tenang sikit hati nak nikahkan kau ni...emm... tapi ambil air sembahyang diambil selepas ke sebelum?

Pengantin : selepas sembahyang la tok... name pun air sembahyang...kne la sembahyang dulu...

Tok kadi: @#$%&**$$!!!!!!!!!!!! 


psss: for sure imam tu trauma nak nikahkan org lagi, :D                                                                     

      

Wednesday, June 27, 2012

CERITA 1

Suatu hari di Bandar Madinah Al-munawwarah, kelihatan seorang pemuda sedang tergesa-gesa masuk ke ruangan solat untuk menunaikan sembahyang fardhu’ isyak yang diimamkan Rasulullah..

Usai menunaikan solat, aktiviti biasa para jemaah masjid ialah mengelilingi Rasulullah untuk mendengar ingatan dan nasihat baginda namun pemuda itu melangkah keluar dari masjid dalam keadaan dirinya dilanda dilemma yang dahsyat.. dalam masa pemuda itu ralat berfikir.. dia terdengar Rasulullah bersabda  

“Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu yang haram maka mereka akan memperolehinya ketika sudah halal”

 Ucapan Nabi S.A.W tadi amat terkesan di hatinya. Ketika pulang ke rumah.... pemuda itu tidak dapat melelapkan mata memikirkan pelbagai perkara.. fikirannya kecamuk,kusut, tensyen,stress,serabut.. ditambah lagi tadi beliau terdengar kata-kata dari Nabi s.a.w.


Akhirnya suasana malam menggoda dirinya untuk kembali melakukan aktiviti hariannya sebagai seorang perompak, pemuda itu kemudiannya berhasrat untuk merompak buat kali terakhir sebelum brjumpa Nabi pada keesokan hari.
Beliau kemudiannya berjalan disusur-susur Bandar Madinah untuk mencari rumah yang sesuai untuk dirompak.. sebagai perompak professional, dia melihat kesesuaian sesebuah rumah itu dirompak dari aspek keselamatan (susah ke payah nak pecah masuk) , harta benda ( banyak ke tak yg boleh dikebas) , dan lain-lain perkara ( rezeki2 tambahan seperti anak dara..wow!! , kenderaan dan makanan) namun kerjanya hanya setakat merompak dan tidak akan sesekali bertindak untuk membunuh mangsa..ye! itu prinsipnya..




Perompak itu kemudiannya berhasil menemukan sebuah rumah yang dihuni oleh seorang janda.. (oh! Janda berhiass,, ). Setelah memastikan line-clear.. xde orang usha, perompak itu memulakan kerja2 memecah masuk rumah..  dan ternyata di rumah itu terdapat banyak makanan yang enak dan pasti mengundang selera. Fasa pertama sesi rompakan dimulakan dengan menjamu selera..(yihaaaa!! ) “kenyanglah aku malam ni.. mmg on-time wktu aku supper..” katanya

Ketika dia sedang memulai untuk menelan kesemua santapannya tiba-tiba dia teringat kata-kata Rasulullah ketika solat isyak tadi.. (style tak style arn perompak sembahyang jemaah kat masjid) . akhirnya dia tak jadi mkn.

Terus beralih ke fasa 2,Tatkala dia beranjak dari bilik ke bilik lain,dia terjumpa sebuah perhiasan dan wang yang bnyak. Dan ketika dia hendak mengambil kesemua wang hrta itu untuk dimasukkan ke dalam guni.. dia teringat kata-kata Rasulullah lalu membatalkan niat jahatnya.. (mission failed)
Setelah itu dia masuk pula ke sebuah bilik yang besar. Didalam bilik itu terbaring janda yg cantik sedang lena dengan nyenyak sambil menampakkan sebahagian dari peha dan betisnya yang putih gebu.. perompak itu tergoda dan bemaksud untuk melempiaskan nafsunya.. (jeng jeng jeng..Fasa 3..)  on the way dia nak merapati katil janda itu dalam keadaan yang amat ghairah dan bernafsu dia teringat kata-kata Rasulullah sekali lagi 
akhirnya sekali lagi dia membatalkan niat jahatnya dan meninggalkan rumah itu.

Keesokan harinya setelah menunaikan solat subuh, dia bertekad untuk bertaubat di hadapan Rasulullah S.A.W, kemudian duduk menyendiri di salah satu sudut masjid sambil merenung kembali peristiwa yang baru dialaminya malam tadi dan menghitung betapa besar dosanya andai perbuatan itu dilakukan.  Tidak lama selepas itu datanglah seorang wanita ke masjid dan menceritakan kepada Rasulullah s.a.w kejadian yang menimpanya semalam di rumahnya.
“ya Rasulullah, aku dapati tiada barang yang hilang namun risau gak kot2 perompak tu dtg balik nanti mcm mne an, so, saya mintak tolong supaya Rasulullah carikan seorang lelaki yang gagah untuk menjaga rumahku”adu wanita itu. Rasulullah kemudian mengalihkan pandangannya kpd seorang yg sedang duduk menyendiri di salah satu sudut masjid. Kemudian Rasulullah bertanya pada lelaki tersebut (penjahat tadi) adakah beliau sudah beristeri?

Setelah mengetahui bahawa lelaki itu masih bujang yang hanya menghabiskan sisa hidupnya selama ini dengan merompak, maka baginda menawarkannya seorang calon isteri.

Lelaki itu terdiam begitu juga janda yang mengadu tadi. Muka mereka kemerah-merahan sama2 menahan malu. Tetapi Rasulullah yg arif segera mengikat kedua insan itu menjadi suami isteri yang sah. Dan... pecahlah tangis lelaki itu sambil menceritakan kepada Rasulullah hal yg sebnarnye, bahwa pencuri yg dimksudkn tidak lain tidak bukan adalah dirinye sendiri.



Wanita itu keluar dari masjid sambil diiringi lelaki yang kini telah menjadi suaminye yg soh!! Mereka berjalan beriringan dgn pnuh romantic menuju ke rumah yang malam td hmpir2 dijadikan sasaran rompakan. Tibanya dirumah, makanan2 yg sedap2 mcm laki tu nampak mlm tdi msih sama tidak terusik seperti malam tdi. Bezanye skrg mknn itu sudah tidak haram lagi.. maka tanpa ragu2 makanan itu dilahapnye sehingga kenyang. Wang,emas dan perhiasan yang hendak dicuri kini menjadi miliknya yg halal. Sampaikan kalau dia nak buat bisnes gune harta2 tu pun bole tauuu....

Meanwhile, wanita cantik yang hamper dinodai semalam kini telah halal untuk disentuh, malah untuk melakukan lebih dari itu juga sudah menjadi perkara sunnah.. waww!!
Lelaki itu berbisik sendiri dalam hati,benarlah sabda nabi S.A.W “barangsiapa yang meninggalkan haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah menjadi halal”

pstt: ramai yang mendekati haram sebelum tibanya waktu ianya menjadi halal kan?kan?kan?



Sunday, February 27, 2011

Alahai ibuku...!!! (part 1)

Pada suatu pagi nan indah.., tak kala sang burung meriah berkicau sini sana, ayam dan angsa pula bersahut sahutan, sesekali kokok ayam jantan berkokok kok kok kok kok...lalalala~
Di sebuah rumah kayu, di hujung tangga ada serombongan semut-semut dan rakan-rakanya sedang merayap mencari protein.., sementara,di belakang rumah pulak ada sang lalat yang terus sibuk hinggap di sini sana, dan sesekali lipas berlari pantas antara ruang sempit...mnyebarkn bauannya yg sungguh mnusuk kalbu..
STOPP!!!! AKU DOK UMAH BATU..KAT BANDOR LAK TUH...HAIH!! (sje wat muqaddimah!)
sambong citer..he3..

Di dalam rumah di ruang tamu.., kesemua makhluk dan pnghuni rumah..bergelimpangan..haha..dihadapn tb..
dalam ramai2 tue aku trpasan sowng....seseorang...seseorang yg sedang tidor..(sume org tido time tu)..
laa....AYAH AKU...ghupenyer.haih!
petang itu ayahku sedang tertidur seorang diri dalam keadaan duduk sambil bersandar di sofa dan kitab tasaauf masih di tangannya, masih bercermin mata dan kelopak mata sedikit terbukak.. dan mulut jugak sedikit terbukak.., nasib baik lidah tidak terjulur keluar, lain pulak cerita nya nanti.. oh! macho seh bapak aku neh..


Aku yang duduk tak beberapa jauh dari tempat kejadian.., melihat ayahku dengan pandangan kasih sayang.., dapat pahala haji mabrur jika kita lihat wajah orang tua dengan kasih dan sayang, al maklumlah.., mereka adalah orang yang bertanggungjawab dalam takdir tuhan akan kewujudan kita..

LINE CLEAR!!!
                                                                                                                                 
aku bergerak pelan2 turun tangga dan terus ke dapor..cantekk!! dapor gelap + sunyi...hahaha! IT'S SHOW TIME...teriakku didlm ati...hehehe...petang tue..ak brubah mnjadi adiwira..catman!! haha..mnjdi tikus yg klaparan...aku bukak sebuah laci yg mnempatkn plbagai bnde yg boleh mmenuhi tembolok aku petng2 ne...
 hmm,,,,nak goreng cekodok?? adoii..malas..lagipon nnti bising..bunyi kuali berlaga laga dengan sudip..hahaha..katoii ahh nnti.
hmm,,,,lauk tgh ari td...??? alamk..kan kitaorng mkn kat luar td..haih..lupe lak!
hmm,,,,keluar pi beli kuih???...cett! lgi ahh..dgornye diorang bunyi enjin keta..abes sume bangonn...aduhh!!
hmm,,,masak maggi??.....yeah! cantikk!!! just gune air panas jek...woha! knyang laa aku...hihihi..

aku pon ape ag..setelah berdiskusi dgn nafsu aku..aku pon amek laa maggi kari..3 in 1 punye..snang cikit..
sedang dok aku senang ati tgk perubhn kimia maggi aku yg berubh mnjadi merah tue.......ad owng tegurr..


"eh? abang..! nape makan maggi neh? kan ade kuih dengan keropok lekor kat belakang"
sapa ibuku...

laaa...aku lupe..mak aku rupe rupenyer kat bilik bawah..sedang tekun mnjahit baju..adoii..xpasan lak tdi..
"eh ad ke? x pasan pon..ibu letak mane??" soalku sambil mengaber bengang aku nak mkn maggi petang tu x jadi..hehehe

"tu haa..kat atas dapor tu..ibu tutop dgn tudung saji.." jelas ibuku..smbil mmbuka telibisyen(peh spellingku.!!)

Aku pon pi la tgk..mnurut perintah ibuku tdi..hehehe..(time ni laa) wohaa!! banyak sey...'gerek ah bu'.bisikku dlm hati..
ngam-ngam ibu aku bkk tb tue..program soal asyraf.."anda tanye saye cube menjawab!!" hehe..taglinenye...
dan tika itu ustazah siti nor bahyah mahmood sdg mnjwb soalan..mataku dan mata ibuku tak berkedip mendengar penjelasan beliau..(tapi aku smbil mngunyah laa ea..hik3)
tiba2 terpacol satu kata2 dari ibuku...kata2 yg takkan kulupa...smpai bile2..

"abang,nanti kawin biar cari yg beragama..klu bole kawin dgn ustazah..xpon anak ustaz atau ustazah.." luah ibuku..
suasana time tu bening..bening sangat2..aku tibe2 tersedak..sampai terasa lauk sambal tumis tgh hari tadi...
ibuku menyambung....

"nanti..boleh ajar ibu ngaji..ajar pasal agama..buat teman ibu...nak harapkan abg..nnti da sibok kerje..nak sara ank bini.."jelas ibuku lagi...

pehh...time tue..kalbu aku mcm tersentuh sgt2...tak pernah2 ibuku citer pasal kawin kat aku...haih!
haa??? KAHWIN????

perbualan aku dan ibuku diteruskan lagi...ibuku bersuara..
"dah ade calon ke?" soal ibuku sambil tersenyum..barangkali memerhatikan aku yang dari tadi mendiamkan diri...mak aihh..!! soalan cepu cemas..cepu lemas pon ade...aduhhh....
ustazah?? anak ustazah?? Allah!

to be continued.....................


p/s:soal jodoh bukan soal yg remeh beb!! moga Allah beri aku jodoh yg terbaik disisiNya...


Sunday, February 6, 2011

DAKWAH! DAKWAH! DAKWAH!

kekadang diri ini mnjadi hairan..kenapa di saat saat kuliah,ceramah,kursus,usrah dan berbagai bagai agenda dakwah begitu rancak dan semarak tapi gejala sosial juga semakin bertambah..seakan akan berlumba lumba. kadar penceraian,penderaan,pembuangan bayi,sumbang mahram dan lain2 gejala negatif terus menunjukkan peningkatan yg membimbangkan.    Apa yang tak kene dengan aktiviti2 dakwah ini? kurang berkesankah? tidak efektif? tiada pengisian? jika ya...kenapa?
sebenarnye..tnpa disedari kita sendiri terperangkap dengan ketidakcekapan dan ketidakberkesanan dalam usaha murni mencegah prkara2 yg mungkar..pendek kata..usaha yg sudah dilakukan selama ini betol ,sayangnye, kerja yg betol ini kita tidak lakukan dengan betol2..Niatnye sudah baik..tapi perlu ingat niat yg baik perlu disertai dengan satu matlamat yg baik.Tetapi pada hari ini..usaha2 dakwah dilihat kerana pelaksanaanya yg masih kurng profesional kerana dangkalnya ilmu dan kemahiran dalam bidang tersebut.
Kita harus ingat bahawa golongan yg mnjadi sasarn pndkwah sngt kompleks sifatnye..sebab itu matlamt yg baik perlu dicapai dengan satu pendekatan yg baik.

pendekatan yg kasar,out dated dan terlalu formal akan ditolak walaupun niat dan matlamatnye baik. generasi masa kini khususnye remaja lebih kritis. sebab itu kaedah berdakwah perlu lebih kreatif,humanisme dan dinamik. Pendekatan hitam putih atau regimented..x bole dipakai lagi kerana perkara trsebut tidak langsung mmbantu..dan paling penting skali diperbanyakkan kaedah MEMUJUK bukan MENGUTUK...
bayangkan sekalipun masakan yg enak..ttapi jika dihidangkan dengan cara dicampak campak sahaja,tentu hidangan itu akn ditolak..begitulah,jika silap teknik penyampaian,semuanya akan gagal...


Jangan hanya bergantung pada apa yang ingin diperkatakan tetapi teliti jua BAGAIMANA anda ingin memperkataknnya...



lihat saja film2 barat yg sarat dimuatkan dengan kbatilan dan penipuan ttapi galak mndpt smbutan krana persmbahnnya yg kreatif dan inovatif.Berbeza pula dgn khutbah2 jumaat yg sarat dengan kebenaran hanya didengar dengan separuh hati,sambil lewa,sambil tidur, sambil main henset...dan sebagainya! hanya kerana cara penyampaiannya yg begitu statistik dan tidak kreatif.


bukan nak mnyalahkan..jauh sekali mencela ttapi sudah tiba masanya khatib2 kita didedahkan dengan kemahiran interpersonal yg baik..atau..khatib jumaat terdiri daripada golongan remaja yg mmpunyai jiwa remaja!

khutbah sering tidak mndpt perhatian krana cara penyampaian,intonasi suara dan cara berhujah yg lemah..

benarlah kata saidina Ali

...: kebenaran yang tidak tersusun akan kalah dengan kebatilan yg tersusun!




     oleh sebab itu:pendekatan dalam usaha dakwah perlu R&D.. ia perlu lebih VERSATILE tanpa mnjejaskan roh kebenaran dan kesucian mesejnya!

p/s:   sekadar pndapat! dakwah perlu seiring teknologi...blog..dakwah...
        luaskan dakwah melalui teknologi...